<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

eMaiL : tha0ne47@yahoo.co.uk
darcboxx@hotmail.com
friendster : http://www.friendster.com/darcboxx

YM : tha0ne47

MSN : darcboxx





setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya

Rahsia di hati tak siapa yang taHu.

Tidak perlu mencari teman secantik BalQis, andai diri tidak sehebat SuLaiman. Tidak perlu seteguh Ibrahim, andai diri tidak sekuat Hajar

Mengapa mengharap teman setampan Yusuf, jika kasih tidak setulus ZulaiKha dan mengapa didamba teman hidup sehebat KhaDijaH, andai diri tidak sesempurna Rasulullah...


~kaTa-kaTa hiKmaT~

yanG Ni aKu aMiK dR bLog soMeonE..MmG taK baiK amiK seSuaTu yG buKaN miLiK kiTa tP aKu suKa sgT nGn kaTa2 Ni..maaF erKKk





.:BloG kU CuRi dR kenGkaWaN:.

.:LieYa:.
.:niZie:.
.:MenToSs:.
.:gRunCh:.
.:DARia:.
.:kieY:.

.:aQiiH:.
.:RiA:.
.:EvErGreEn:.
.:HafiiiZ:.
.:RePtoZz:.
.:PiTT:.
.:KunCup:.
.:cik_diARy:.
.:Mus:.
.:Noamie:.
.:aCai:.
.:h0ney:.
.:DucK:.
.:eLLy:.
.:ZuRa:.
.:LINK:.

gLitteR
aNime.zeN
biGoO

Contact Tables



Free Web Counter
hit Counter

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Thursday, April 13, 2006
Adakah Cinta Memerlukan Sebab??

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang

merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis d
an setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat,
dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."


Posted at 10:43 pm by tha0ne47
Comment (1)  

Saturday, April 01, 2006
TAZKIRAH

Bahagia dan sengsara ada petandanya. Berikut ini adalah tanda bahagia dan sengsara dalam kehidupan kita

 

Tanda-tanda Bahagia

 

1. Menjauhkan diri dari urusan dunia dan senang kepada urusan akhirat

2. Kemahuan kuat terhadap ibadah dan membaca al-Quran

3. Sedikit bicara terhadap apa yang tidak diperlukan

4. Sangat memelihara sholat lima waktu

5. Menjaga diri dari yang haram dan syubhat, sedikit atau banyak

6. Bersahabat dengan orang-orang soleh dan baik

7. Rendah diri

8. Bersifat dermawan yang ikhlas

9. Belas kasihan terhadap makhluk-makhluk Allah yang lain

10. Bermanfaat kepada orang lain

11. Selalu ingat mati dan bersiap sedia menghadapinya

 

 

Tanda-tanda Sengsara

 

1. Rakus terhadap harta dunia

2. Kemauan nafsu yang kuat dan cenderung pada kelezatan dunia

3. Perkataan yang kotor dan banyak ghibah (menceritakan cela orang lain)

4. Menganggap enteng sholat 5 waktu.

5. Bersahabat dengan orang-orang fasik

6. Buruk prilakunya

7. Sombong dan tinggi hati

8. Enggan memberi kebaikan kepada orang lain

9. Sedikit kasih sayang terhadap orang yang beriman

10. Pengecut

11. Lupa terhadap mati

 

(Dipetik dari kitab Tanhibul Ghafilin)


Posted at 10:53 pm by tha0ne47
Make a comment  

SiNaR aYaT KuRsi

Dlm sebuah hadis, ada menyebut perihal seekor syaitan
yg dudukdi atas pintu rumah. Tugasnya ialah utk menanam keraguan
di hati suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan keraguan
di hati isteri terhadap kejujuran suami diluar rumah.

Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk rumah sehinggalah Baginda
mendengar jawapan salam daripada isterinya.Di saat itu syaitan
akan lari bersama-sama dengan salam itu.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di
tempat tidurnya, Allah SWT mewakilkan dua orang
Malaikat memeliharanya hingga subuh.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap
sembahyang Fardhu, dia akan berada dlm lindungan
Allah SWT hingga sembahyang yang lain.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap
sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk
syurga kecuali maut dan barang siapa membacanya
ketika hendak tidur, Allah SWT memelihara akan dia ke
atas rumahnya, rumah jirannya dan ahli rumah-rumah
di sekitarnya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap2
sembahyang fardhu, Allah SWT menganugerahkan dia
setiap hati orang yg bersyukur, setiap perbuatan
orang yg benar, pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
padanya rahmat.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar
rumahnya, maka Allah SWT mengutuskan 70,000
Malaikat kepadanya - mereka semua memohon
keampunan dan mendoakan baginya.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang
Allah SWT akan mengendalikan pengambilan rohnya
dan dia adalah seperti orang yang berperang bersama
Nabi Allah sehingga mati syahid.

Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi ketika dalam
kesempitan nescaya Allah SWT berkenan memberi
pertolongan kepadanya.

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S.A.W. bersabda,
"Sampaikanlah pesa! nku biarpun satu ayat...""


Posted at 10:51 pm by tha0ne47
Make a comment  

Mutiara Kata Ibnu Qayyum

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai
kecuali menerima kehendak Allah swt.

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali
berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang
kecuali seronok mengenali Allah swt

Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang
damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan
padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta
qadha dan qadarNya serta kesenantiasaan sabar sehingga
menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung
kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.

Kesentiasaan berzikir kepadaNya adalah keikhlasan sebenar
kepadaNya. . . . . .
Andai dunia dan isinya diberikan kepada manusia masih tidak
lagi dapat membendung hajat hati sihamba itu

Posted at 10:48 pm by tha0ne47
Make a comment  

TujuH KaLimaT

Tujuh kalimat
> > > > > > > Sabda Rasulullah S.A.W > > > > > > >
" Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah
dan
Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut "
1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.
3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak
patut
4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.
5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu
tak
disukai dan tak diingini.
6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan
menerima
musibah.
7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang
malam


Posted at 10:44 pm by tha0ne47
Make a comment  

iLeK-iLeK bRo & beB

PART I

Che'gu Nasyor sedang mengendali kelasnya dalam aktiviti sukan di padang sekolah.
Seperti biasa, Che'gu Nasyor akan menyuruh muridČnya melakukan regangan otot.
Tiba di satu bahagian, dimana muridČ baring dan mengankat kaki lalu menggerakkannya
seperti sedang mengayuh basikal. Che'gu Nasyor asyik memerhati seorang muridnya
yang pada mulanya menggerakkan kakinya tibaČ memberhentikan kakinya. Lalu Che'gu
Nasyor menyergah muridnya yang bernama Man Tapah.

"Woiiii Man, apa sebab >kau berhenti ni hah"

"Oh Che'gu Nasyor, basikal saya tengah turun bukit Che'gu, sebab tu saya berhenti.
Takkan nak kayuh jugak."

PART II

Waktu sekolah telah tamat.sebelum keluar kelas, Che'gu Nasyor telah bertanya kpd muridČnya.

Che'gu : Siapa nak masuk/pergi syurga?

Semua murid mengangkat tangan kecuali Man Tapah lalu Che'gu Nasyor pun berkata,

Che'gu : Man, kenapa awak tak nak pergi/masuk syurga?

Man : Mak saya kata lepas habis sekolah, terus balik rumah.. jangan pergi mana-mana.

PART III

Che'gu Nasyor sedang mengajar Bahasa Melayu dalam kelas 1 Mawar...

Che'gu : Man, boleh kamu buat ayat dengan menggunakan perkataan tepong?

Man : Itu senang saja cikgu.. ayatnya ialah.... emak sedang membuat kek
di dapur.

Che'gu : Mana tepungnya??

Man : Tepong kan ke dalam kek tu.... Che'gu nie tak sekolah ke hape??

PART IV

Che'gu Nasyor : Joe, cuba terangkan apakah tugas akar pokok pisang?

Joe: Untuk mencari makanan, che'gu

Che'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Wati pulak. Apakah tugas batang pokok pisang?

Wati : Untuk membawa makanan yang dicari akarnya, che'gu

Che'gu Nasyor : Bagus! Sekarang giliran Man Tapah pula. Apakah tugas daun pisang?

Man Tapah :untuk membungkus nasi lemak, che'gu...

Che'gu Nasyor : uii... lagi bagus... berdiri atas meja sampai habis kelas...

Posted at 10:43 pm by tha0ne47
Make a comment  

jGn naK pK jauH sGT

hi hi..mcmana le agaknya nak nilaikan ciuman tu kalau semua tempat pun dicium erk? takkan tanda takde perasaan? Wink
 
Satu ciuman sudah cukup untuk menyampaikan maksud sebenar yang tersirat
di hati seorang lelaki terhadap pasangannya. Kadang-kadang lelaki sukar mengatur
perkataan untuk ditutur kepada kekasihnya, jadi teknik ciuman dibawah amat
berguna bagi menyuarakan isi hati anda...
 
Maksud tersirat di sebalik ciuman ini juga dapat digunakan untuk memahami
isi hati pasangan anda. Wanita cukup pandai dalam berpura-pura. Setiap kata
sukar diduga maksud sebenarnya. Jadi hanya ciuman dari mereka sahaja
dapat menjadi kayu ukur sebenar perasaan pasangan terhadap anda. Namun
jika anda tidak pernah menerima ciuman tersebut, walaupun di tangan, faham-faham
sajalah.
 
CIUMAN DAN MAKSUDNYA
 
  1. Cium tangan...Saya mengagumi anda.
  2. Cium  pipi...kita hanya kawan
  3. Cium leher...Aku dambakan dirimu
  4. Cium bibir...Aku cintakan kau
  5. Cium telinga...Kau bakal mangsa aku seterusnya
  6. Cium bahagian2 lain...Aku tiada perasaan
  7. Renungan tepat ke mata...Ciumlah daku
  8. Bermain rambut...Aku tidak dapat hidup tanpamu
  9. Peluk pinggang...Aku terlalu menyayangimu, dan takkan kulepaskan walau sesaat.

p/s : 7-9 tu....ciuman gak ke? konpius jap.

-

 

Posted at 10:40 pm by tha0ne47
Make a comment  

raHSia 5 JaRi aNDa

"Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari
anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda. Kemudian,
genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ..."Allahu
Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.
Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka. Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.

Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula
daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa
sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.
Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti
bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "melentur buluh biarlah daripada
rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya. Begitu juga dengan
usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi
kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian,
bangga tak terkira.. pada ketika ini, alam remaja menjengah diri.
Awas!! Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan.
Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran. Pada usia ini, anda
sudah baligh dan mukalaf. Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala
amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??

Nah...naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu
namanya. Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di
peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan
identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun,
anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu
pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu
tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi
lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat
mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu
dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan
keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh
dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil
sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan
idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi
menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya
membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap
jempol" atau cap jari. Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat
generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman. Sekiranya
petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes"
sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas itulah rahsia
kejayaan anda.


Posted at 10:37 pm by tha0ne47
Make a comment  

Previous Page